Sedekah Jumaat Mengubah Hidup Penerima Dan Pemberi
INFAQKAN SEDIKIT HARTA ANDA SESAMA SAUDARA ISLAM
Selain sunnah hari Jumaat yang biasa seperti memotong kuku, mandi sunat, membaca surah al-Kahfi & memperbanyak zikir, bersedekah pada hari Jumaat juga amat besar ganjarannya.
Semoga anda salah seorang yang di pilih oleh Allah swt yang di gerakkan hati, yang di jentik hati untuk merebut peluang saham akhirat untuk diri sendiri/keluarga yang masih hidup ataupun yang sudah meninggalkan dunia.
Sungguh kita Ummat Akhir Zaman yang diuji daripada pelbagai sudut. Adakah kita masih selesa berdiam di rumah, sedang di luar sana ramai yang hidup penuh derita.
“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya."
(Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)
KE MANA DUIT ANDA AKAN PERGI???
Perkim Datuk Keramat berusaha membantu golongan sasaran terpilih seperti
1- Muallaf
2- Warga Emas
3- Asnaf
4- Anak Yatim
5- OKU
Bantuan kami berupa sedikit wang tunai serta barang keperluan dapur. Oleh itu, sumbangan anda amatlah diperlukan untuk kami salurkan kepada mereka yang memerlukan.
Niat sedekah dan baca doa dibawah :-
"Rabbana taqobbal minna innaka antas sami'ul alim."
Artinya: "Ya Tuhan kami, terimalah dari kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Sila ke bawah untuk menyumbang