GANDAKAN PAHALA RAMADAN:
SEDEKAH UNTUK BANTU ASNAF MUALAF
Antara amalan yang mesti kita buat sepanjang hari di bulan Ramadan adalah amalan BERSEDEKAH.
Betapa ruginya orang yang terlepas untuk bersedekah sepanjang dia menjalani bulan Ramadan.
Oleh itu, kami dari PERKIM cawangan Datuk Keramat,
ingin mengajak anda semua untuk bersedekah bagi membantu saudara Mualaf kita yang asnaf dan amat memerlukan bimbingan daripada kita .
(Button ke payment)
Kenali PERKIM cawangan Datuk Keramat
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi.
Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.
PERKIM cawangan Datuk Keramat memfokuskan bantuan kepada masyarakat di sekitar Lembah Klang.
Antara golongan yang PERKIM bantu adalah :
- Asnaf
- Mualaf
- Warga emas
- Orang Kelainan Upaya (OKU)
- Pesakit kronik
Asnaf Mualaf di sekitar Lembah Klang memerlukan bantuan untuk mereka mendalami agama dan juga bantuan tempat perlindungan secara berterusan
Malang sekali, sebahagian kita mungkin tidak peduli pun akan peritnya kehidupan sebagai Mualaf
Demi memilih kembali kepada fitrah asal beragama Islam, saudara Mualaf kita diduga dengan pelbagai ujian hidup.
Ramai di antara mereka yang diuji dengan:
1) Dibuang keluarga sendiri
2) Hidup sebatang kara tanpa tempat tinggal
3) Tidak dapat bekerja kerana sakit
4) Tiada tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan
En Firdaus memilih untuk memeluk agama Islam setelah beliau dibebaskan daripada hukuman gantung.
Encik Faris sekeluarga merupakan saudara mualaf kita. Doktor nasihatkan beliau untuk tidak bekerja kerana penyakit jantung yang dihidapinya. Isterinya bekerja sebagai ‘cleaner’ bagi menyara mereka 7 beranak.
DI BULAN RAMADAN INI, KAMI NAK AJAK ANDA UNTUK KITA SAMA-SAMA BANTU DAN SANTUNI LEBIH RAMAI ASNAF MUALAF
Alhamdulillah...
Setiap kali Ramadan, sudah menjadi adat untuk PERKIM Datuk Keramat pergi menziarahi dan membantu lebih ramai Asnaf Mualaf dia sekitar Lembah Klang.
Untuk tahun ini, kami nak bantu lebih ramai saudara kita yang sedang dalam kesusahan diluar sana,
lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi kini yang semakin membimbangkan.
Kami juga ingin mengadakan program-program yang bermanfaat kepada Mualaf seperti:
- Pengajian Al-Quran
- Pengajian ilmu agama
- Solat berjemaah
- Sesi ceramah dan tazkirah
- Pengislaman Saudara Baru
- Aktiviti keagamaan yang lain
Majlis pengislaman saudara baru di pejabat PERKIM
Antara kelas fardhu ain yang dijalankan oleh PERKIM untuk para mualaf
Mereka Sangat Memerlukan Bimbingan Kita
Kita semua wajib menyantuni mualaf kerana mereka perlu berkorban banyak perkara untuk memilih memeluk Islam.
Sekiranya anda tak mampu membantu mereka, setidaknya bantulah usaha kami ini untuk meringankan beban mereka.
(button ke payment)
Kenapa Anda Kena Sedekah Sekarang (Waktu Pagi)?
Adakah anda berhadapan dengan situasi sebegini?
"Perlu menyiapkan tugasan dan ‘deadline’ sudah hampir"
"Perlu menghadiri temuduga bekerja"
"Perlu bekerja keras setiap hari demi keluarga"
"Perlukan ketenangan hati"
Ketahuilah, melalui amalan BERSEDEKAH, Allah SWT pasti akan memudahkan urusan harian kita.
Selain dapat membantu masyarakat yang sedang dalam kesusahan, kita juga akan mendapat besarnya manfaat bersedekah pada waktu pagi.
Bacalah doa ini saat anda membuat sumbangan:
“Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau terimalah ibadah Ramadan ku dan permudahkanlah urusanku pada hari ini”
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Semoga Allah memberi rahmat atas sumbangan anda.
Pemberitahuan:
1) Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2) Sekiranya kutipan untuk bantuan Asnaf Mualaf sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di PERKIM cawangan Datuk Keramat.
3) Bagi pembayaran menggunakan payment gateway ToyyibPay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada TOYYIBPAY SDN BHD selepas pembayaran dibuat. ToyyibPay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.