MEREKA MENANTI BANTUAN KITA

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Tanda Allah sayang pada kita, DIA beri peluang kepada kita
untuk membuat kebaikkan setiap hari.
Encik Sabri, penduduk orang Asli Hulu Kemensah, Hulu Klang diuji oleh Allah dengan dua orang daripada tiga anaknya adalah golongan OKU. Kedua-dua insan ini, berusia 26 tahun dan 15 tahun mengalami sakit kronik sejak kecil.
Sungguh pilu melihat keadaan dua anak istimewa ini. Lahirnya sempurna, dek kerana demam panas, dunia mereka menjadi gelap.
Hidup mereka sepenuhnya bergantung kepada ibu dan ayah untuk diuruskan. Bayangkan nasib mereka apabila ibu ayah sudah tiada di sisi. En Sabri tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak dapat bekerja setiap hari kerana perlu membantu isterinya menguruskan dua anak OKU yang semakin membesar ini.
Tinggal di pedalaman, keluarga mereka bukanlah keluarga senang. PERKIM mengajak anda bersama-sama meringakan beban En. Sabri sekeluarga.
PERKIM
Keluarga En. Sabri ini adalah salah satu keluarga yang kami bantu. Lebih ramai lagi di luar sana yang memerlukan bantuan kita semua. Ayuh, bersama-sama PERKIM meringankan beban mereka dengan berkongsi sedikit rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.
Scroll ke bawah untuk membantu
“ Katakanlah kepada hamba-hambamu yang beriman, ‘Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari kiamat. Pada hari itu, tidak ada jual beli dan persahabatan’.” ( Surah Ibrahim, ayat 31)
TERIMA KASIH DIATAS SUMBANGAN TUAN/PUAN.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI TUAN/PUAN DAN KELUARGA DAN DILUASKAN PINTU REZEKI.