HULURKAN BANTUAN BUAT ENCIK SABRI

HULURKAN BANTUAN BUAT ENCIK SABRI

"Saya tiada pendapatan tetap dan tidak dapat keluar bekerja untuk menguruskan anak-anak saya..."


Encik Sabri dikurniakan 3 cahaya mata namun 2 orang daripada mereka merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Anak perempuannya (kini berusia 11 tahun) menghidap demam panas sejak berusia 8 bulan, manakala anak lelakinya (kini berusia 27 tahun) menghidap demam panas sejak berumur 5 bulan.

Kedua-dua anaknya sakit terlantar yang tidak memungkinkan mereka berdikari. Makan minum, bahkan sampai urusan diri diurus sepenuhnya oleh Encik Sabri

Encik Sabri juga bertanggungjawab menguruskan kerja rumah kerana isterinya Dara A/P Chemolin juga menghidap penyakit buah pinggang dan tidak mampu melakukan kerja berat.

Hampir keseluruhan hidup Sabri dtumpahkan buat menjaga dan mengurus kedua anak istimewa ini.



"Saya amat berharap ada yang sudi menghulurkan bantuan dari segi apa pun untuk meringankan beban keluarga saya..."





Bantuan bulanan anda akan disalurkan untuk membeli barangan dapur dan keperluan anak-anak Encik Sabri.


"Bukan niat mereka untuk meminta-minta namun keadaan yang memaksa"


Ayuh Tuan Puan, kita sama-sama hulurkan bantuan untuk mengurangkan sedikit bebanan Encik Sabri.


Bukan mereka tak berusaha untuk mengubah hidup namun situasi hidup semua orang tidak sama. 


Setelah setahun PERKIM Datuk Keramat menyantuni Sabri sekeluarga, kami meneruskan misi kebajikan buat beliau. Oleh itu, kami dengan rendah hati mengharapkan para dermawan sekalian dapat membantu kami dalam meneruskan misi ini.


CARA-CARA UNTUK MENYUMBANG

1- Pilih nilai yang anda ingin sumbangkan

2- Isi butiran penyumbang

3- Klik pembayaran melalui perbankan online 


Wang yang anda sumbangkan hari ini akan menjadi saham anda di akhirat kelak dan pahala sedekah jariah itu terus menerus mengalir kepada anda walaupun setelah meninggal dunia.

 

Seperti dalam hadis Nabi SAW:

 

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

Riwayat Muslim, al-Nasa’i, al-Tirmizi dan Abu Daud




Kenali PERKIM

 

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi.

 

Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

 

Antara mereka yang cuba kami bantu dalam usaha ini adalah:


Asnaf

Warga emas

Mualaf

Orang Kelainan Upaya (OKU)

Pesakit kronik

Ibu tunggal 




Antara aktiviti agihan sumbangan Perkim


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
En Sabri RM3000 (Bantuan Tajaan Istimewa)
En Sabri RM1000 (Bantuan Sara Hidup)
En Sabri RM500 ( Bantuan pendidikan khas / persekolahan )
En Sabri RM300 ( Bantuan ubat - ubatan )
En Sabri RM100 ( Bantuan perbelanjaan harian )
En Sabri RM50 ( Perbelanjaan makanan harian )
RM30 (Sumbangan Khas)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN