Jadikan Sedekah Pertama Anda Hari Ini!

Alhamdhulillah! tahniah !
kerana anda merupakan insan yang dipilih oleh Allah untuk bersedekah di antara waktu yang terbaik ini.
Anda sedang mengalami situasi di bawah?
Masih Ramai Orang Di Luar Sana Yang Memerlukan Bantuan Anda
Realiti yang berlaku hari ini, masih ramai yang:
- Bercatu untuk makan
- Tiada pendapatan yang tetap sedangkan kos hidup sangat tinggi
- Ingin kembali berniaga tetapi kehabisan modal
Walaupun perit, kehidupan mereka tetap perlu diteruskan.
Ada keluarga yang perlu diberi makan.
Ada banyak keperluan lain yang perlu dilunaskan.

Puan Che Gayah tidak dapat bekerja kerana menjaga suaminya yang terlantar sakit sejak 4 tahun yang lalu. Kos susu khas sahaja mencecah RM 1,500 sebulan dan ini tidak termasuk kos lampin dewasa dan sewa rumah.


Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi.
Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.
Antara mereka yang cuba kami bantu dalam usaha ini adalah:
Asnaf & ibu tunggal
Warga emas
Mualaf
Orang Kelainan Upaya (OKU)
Pesakit kronik
Tanpa bantuan daripada anda yang budiman, misi bantuan ini tidak akan berjalan dengan lancar malah mungkin terbantut.
Bersedekah Adalah Salah Satu Cara Untuk Membuka Pintu Rezeki Yang Lebih Luas
Jom mulakan hari anda dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Bantuan yang anda hulurkan bukan sahaja akan membantu mereka yang kesusahan malah turut membantu anda di dunia dan akhirat kelak.
Semoga Tuan/Puan dilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah dengan asbab sumbangan yang diberi.
Terima kasih atas sumbangan anda!