Bersedekah Tidak Akan Membawa Kepada Kemiskinan Malah Menjurus Kepada Keberkatan
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada
anda yang sudi memasuki ke laman web ini.
Semoga dengan terbukanya hati anda
membaca segala intipati di dalam website ini,
maka dengan ikhlasnya jua niat anda
untuk bersedekah.
DUNIA HARI INI
Ada yang miskin, hari demi hari hanya 'kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
Ada yang sudah kaya, semakin kaya dan kaya.
Tidak dilupakan juga kepada golongan
sederhana, tidaklah miskin tetapi tidaklah
juga kaya.
Ini semua adalah rezeki bagi tiap-tiap manusia
yang telah ALLAH S.W.T berikan.
Tidak kira miskin, kaya mahupun golongan
sederhana.
Jadi, apa salahnya kita yang mempunyai
kelebihan harta dan kemampuan ini
bersedekah kepada golongan yang lebih
memerlukan. Insha Allah, dengan amalan
bersedekah juga akan turut menjadi saham
untuk kita di akhirat kelak.
SIAPA KAMI?
Kami merupakan jawatan kuasa Perkim
Dato' Keramat yang sedang melaksanakan
sebuah Dana Bantuan Khas.
PERKIM Dato' Keramat berusaha untuk
membantu golongan membantu mualaf,
OKU dan warga emas yang memerlukan
BANTUAN keperluan harian.
Bagi untuk menyumbang, kami telah
menyediakan hanya 3 langkah sahaja
seperti berikut:
1. Scroll hingga ke bawah website ini.
2. Pilih seberapa yang anda ingin bersedekah
dengan seikhlas hati.
3. Buat pembayaran melalui
Online Banking.
Semoga harapnya anda yang membaca
sehingga kini dapat menyumbang biar
sekalipun hanya SERENDAH RM30.
Maka bersedekahlah sekadar kemampuan
dengan seikhlas hati anda.
Anda pasti akan didoakan kebaikan dunia
akhirat daripada penerima sumbangan ini
kelak. Semoga dengan berkat doa mereka,
maka ALLAH S.W.T akan sentiasa
memperluaskan pintu rezeki buat anda dan
juga keluarga.
"Sedekah Tidaklah Mengurangi Harta".
(HR Muslim)