Sumbangan untuk Mangsa Banjir 2021

SEKELIP MATA SAHAJA SEGALANYA BERUBAH

Siapa sangka banjir kali ini akan menjadi seteruk ini.
Sangat menyayat hati jika kita mendengarkan kisah-kisah mangsa yang terkesan dengan musibah ini.
Majoriti mereka mengalami kerugian sehingga ribuan ringgit disebabkan rumah mereka yang ditenggelami air.
Barangan elektrik dan kenderaan semuanya rosak dan memerlukan kos yang tinggi untuk diperbaiki.
Ada juga yang rumahnya hanyut dibawa air.
Dan lebih menyayat hati, apabila kita mendengarkan berita tentang kematian ahli keluarga akibat musibah ini.
Sumber: Twitter
Mereka kini tiada apa-apa lagi untuk meneruskan kehidupan.
MEREKA AMAT MEMERLUKAN BANTUAN ANDA DISAAT SUKAR INI
Kami dari PERKIM Datuk Keramat dengan sedaya upaya kami akan cuba untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir ini.


Bacakan doa ini ketika anda menyumbang:
“Ya Allah…dengan rahmat dan kasih sayang-Mu, melalui sumbangan kecilku ini, Engkau bantulah mereka dalam menghadapi ujian ini.”
Aminn…
TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA
Ikuti kami di Facebook Page Perkim Datuk Keramat untuk dapatkan info lanjut berkenaan bantuan yang kami sampaikan.